Thursday, 24 April 2014

Murabbi:Memupuk Kemahuan Bukan Sekadar Pengetahuan




Adek: Assalamua'laikum bang, kak ijah dapat no. 1 dalam kelas ngan darjah periksa baru nie? (sms)
Abang: (huh, nie kes nak tuntut hadiah la nie,rungut dalam hati),Wa'alaikumusalam,Alhamdulilah,tumpang happy, tapi rasenyer abang lagi bertambah happy klu kamu bleh no.1 dalam paling awal solat kat rumah ngan paling rajin tolong mak lepas nie..haha nie kes nak tuntut hadiah la nie?Tahi hidung nak?haha (balas sms)


Adek: huh tahi hidung? merepek,tahi hidung mane bleh dikira hadiah..huhu
Abang:Ok la, tahi lembu nak? bleh buat baje,kamu kan tengah tanam pokok tembikai susu kat rumah. nak berapa kampit,dua kampit cukup?


Adek: Argh, merepek jea,malas la nak layan..(terus henti balas sms)
Abang: Haha,nanti ler aku belikan buku cerita,voucher buku pon blom guna lagi(monolog) 



Haha memang macam nie la perangai zaman sekarang,aku pon same jea. Menuntut ilmu bukan kerna "mahu" ilmu tersebut, tapi tahu dengan pencapaian yang baik ke atas penguasaan ilmu tersebut kita bleh dapatkan sesuatu yang sebenarnya kita "mahu". Pendek kate ade bebola daging disebalik mee bakso,haha belajo tak ikhlas la kiranya. Mungkin nie membuatkan tugas mendidik bukan sesuatu tugas yang mudah, kebolehan untuk bukan sahaja memberi PENGETAHUAN, tapi turut memberi KEMAHUAN kepada anak didik untuk menuntut ilmu.Faktor ini lah yang membezakan seorang muallim (pengajar),dan seorang murabbi (pendidik). Jika tugas mencabar seorang jurutera,doktor, arkitek dan juruterbang yang melibatkan kemahiran dan ilmu yang tinggi melibatkan sesuatu yang berbentuk sentuhan fizikal, tugas seorang murabbi pastinya lebih mencabar lagi kerana melibatkan sentuhan jiwa seorang manusia yang halus sifatnya.

Tugas ini pastinya lebih sukar jika dipecahkan lagi cabang ilmu itu kepada dua bahagian besar, ilmu fardhu ain(tauhid,akidah,ibadah etc),yang secara asas memberi panduan untuk seseorang menjadi insan yang baik, dan ilmu fardhu kifayah (matematik,biologi,kejuruteraan,undang2,ekonomi etc) yang memberi panduan untuk seseorang menjadi pintar dan kompeten dalam bidang masing-masing.Pendek kate tugas yang perlu dilakukan adalah untuk "menyentuh" jiwa anak didik agar bukan sahaja timbul kemahuan menjadi seorang yang pintar, tapi juga untuk menjadi seorang yang baik.Huhu berat 66..

Namun apa yang perlu diberi perhatian disini adalah,tidak kira apa pekerjaan pon yang anda lakukan,seorang polis,doktor,tentera,angkasawan,jurutera etc, adalah salah untuk kita melihat tugas seseorang pendidik hanyalah terletak dibahu guru semata, kerna ibu bapa lah pendidik yang mutlaq dalam tanggungjawab menanam kemahuan untuk ingin menjadi baik dan pintar dalam jiwa anak-anak. Apatah lagi "tautan jiwa" antara anak dengan orang tua pastinya lebih rapat lagi jika dibandingkan dengan guru.Kesedaran ini perlu dipupuk lebih lagi dalam kalangan golongan remaja agar golongan bakal ibu dan bapa ini lebih tersedia dan dapat menjana satu golongan yang lebih baik dimasa hadapan. Di peringkat awal adalah perlu kita golongan remaja berusaha mendidik jiwa,menanam kemahuan untuk menuntut ilmu,kemahuan yang ikhlas untuk menjadi seorang yang baik dan pintar. Jika jiwa sendiri tidak mampu disentuh dan dibentuk,mampukah kita untuk menyentuh jiwa-jiwa "malaikat kecil" kita nanti untuk berkemahuan akan ilmu dan akhlak terpuji?

         

Note: lebih kepada peringatan kat diri sendiri yang dah final year pon duk loqlaq buat mende merapu..huhu moga mampu menyentuh jiwa sendiri untuk berkemahuan akan ilmu dan budi yang baik...huhu

Thursday, 17 April 2014

Sajak Penyesalan al-Hajjaj


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 


Al-Hajjaj Yusof  yang terkenal dengan kezaliman,merupakan gabenor Iraq semasa zaman Khalifah al-Walid bin Abdul Malik (Tahun 86-97 Hijrah), iaitu Khalifah Bani Umaiyah yang ke-6. Beliau banyak terlibat dengan operasi ketenteraan. Semasa zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan, Al-Hajjaj diperintahkan memerangi Abdullah bin Zubair dan pengikutnya yang berkuasa di Mekah kerana menentang pemerintahan Bani Umaiyah. Akibat hebatnya pertempuran antara tentera al-Hajjaj dan Abdullah bin Zubair, Kaabah runtuh kerana terkena peluru Manjanik kepunyaan tentera al-Hajjaj. 


Manjanik


Semasa zaman Khalifah al-Walid, al-Hajjaj berbalah dengan Umar Abdul Aziz, dan membawa kepada pemecatan Umar Abdul Aziz yang merupakan gabenor Haramain pada waktu itu. Pemecatan Umar Abdul Aziz mengakibatkan pemberontakan penduduk di Mekah, Madinah dan Taif yang berada dalam lingkungan pentadbiran Haramain kerna mereka tidak mahu menerima gabenor lain selain Umar Abdul Aziz. Akhirnya al-Walid memerintahkan al-Hajjaj memadamkan pemberontakan di Mekah,Madinah dan Taif, namun sewaktu al-Hajjaj hendak berangkat, tiba-tiba beliau jatuh sakit. Kesakitan al-Hajjaj semakin teruk sehingga tidak mampu lagi untuk beliau bangkit dari tempat pembaringan. Ketika itu barulah a-Hajjaj sedar akan kesilapannya dan merintih setiap hari,akhirnya meninggal kerna sakit yang berpanjangan. Al-Hajjaj sempat menulis sebuah sajak dan dibacanya berulang kali akibat amat menyesal. Berikut merupakan terjemahan sajak yang ditulis oleh al-Hajjaj:   


Dosaku berat seberat langit dan bumi,
Namun aku masih berharap tuhan sayang padaku,
Semoga aku diterima dengan reda,
Itulah harapanku,

Tetapi apabila teringatkan catatan,
Dosaku terlalu banyak,
Itulah azabku, 

Sesungguhnya kezaliman tidak datang daripadaNya,
Apakah Tuhan zalim,
Pada hambaNya yang ingin kembali,
Semoga diberikan tempat yang indah,
Buatku yang zalim ini.


Note: Isi dan informasi diatas diambil daripada:
Tajuk Buku: Umar Abdul Aziz : Bayangan Khalifah al Rasyidin
Penulis:Abdul Latip Talib
Penerbit: PTS litera Sdn. Bhd.


Tuesday, 15 April 2014

Badiuzzaman Said Nursi dan Tujuh Ulama Jazlah.

"Aku akan buktikan kepada dunia bahawa Al-Quran ialah matahari rohani yang tidak akan luntur dan padam"
Badiuzzaman Said Nursi

Badiuzzaman Said Nursi adalah seorang tokoh Islam Turki yang terkenal dengan perjuangannya dalam memelihara iman dan akidah umat Islam, ketika Turki diisytiharkan sebagai negara 'Republik'. Badiuzzaman pernah diajak bertanding dengan tujuh ulama Jazlah atas arahan Mustafa Pasya,ketua puak Miran dengan niat untuk menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai seorang tokoh agamawan yang disegani. Menariknya dalam pertandingan ini, Baiuzzaman ditanya oleh tujuh ulama Jazlah tersebut 40 soalan yang pernah ditanyakan oleh ketua paderi kepada Abu Yazid al Bustami dan dikhendaki menjawab semua soalan tersebut dengan benar, tanpa beliau menanyakan sebarang soalan kembali kepada tujuh ulama tersebut.Berikut adalah 40 soalan tersebut:
  
Soalan 1: Apakah yang satu tidak ada duanya?
Jawapan: Kewujudan Allah yang Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.

Soalan 2: Yang dua tiada tiganya.
Jawapan: Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

Soalan 3: Yang tiga tiada empatnya.
Jawapan: Kursi,Kalam dan Arasy Allah

Soalan 4: Yang empat tiada limanya.
Jawapan: Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran.

Soalan 5: Yang lima tiada enamnya.
Jawapan: Solat lima waktu;subuh, zohor,asar,magrib dan isyak

Soalan 6:Yang enam tiada tujuhnya.
Jawapan: Hari-hari Allah menciptakan langit dan bumi seperti mana yang disebutkan didalam al-Quran

Soalan 7:Yang tujuh tiada lapannya.
Jawapan: Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi seperti mana yang dinyatakan didalam al-Quran.

Soalan 8:Yang lapan tiada sembilannya.
Jawapan: Bilangan malaikat yang memikul Arasy Allah seperti yang dinyatakan didalam al-Quran

Soalan 9: Apakah yang sebelas?
Jawapan: Sebelas adik-beradik Nabi Yusuf yang dikisahkan didalam al-Quran

Soalan 10:Apakah yang dua belas?
Jawapan: Bilangan bulan dalam setahun

Soalan 11:Yang tiga belas?
Jawapan: Mimpi Nabi Yusuf yang didalam kitab suci al-Quran: Sesungguhnya aku melihat sebelas bintang,matahari dan bulan.Jumlahnya tiga belas.

Soalan 12:Orang yang berdusta kemudian dapat masuk syurga.
Jawapan: Saudara-saudara Nabi Yusuf.Mereka memberitahu ayah mereka,Nabi Yaakaob yang Yusuf sudah dimakan seringala. Mereka membawakan pakaiannya yang dilumurkan dengan darah kambing.Perkara yang mereka lakukan itu adalah satu dusta.

Soalan 13: Orang yang benar tapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Jawapan: Mereka adalah kaum yahudi dan Nasrani.

Soalan 14: Dimanakah tempat roh di dalam badan manusia.
Jawapan: Tempat roh di dalam tubuh manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah kerana roh adalah urusan Allah.

Soalan 15: Apakah Al Zariyat Zarwa?
Jawapan: Nama empat jenis angin

Soalan 16: Al Hamilati Wakra?
Jawapan: Nama awan gemawan di dada langit.

Soalan 17: Al Jariyati Yusra?
Jawapan: Perahu-perahu yang berlayar di laut.

Soalan 18: Al Mukassimati Amra?
Jawapan: Malaikat-malaikat yang bertugas membahagikan rezeki kepada manusia pada malam nisfu Syaaban.

Soalan 19: Yang empat belas.
Jawapan: Tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.

Soalan 20: Kubur yang berjalan dengan penghuninya.
Jawapan: Ikan besar yang menelan Nabi Yunus, yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah.

Soalan 21: Yang bernafas tetapi tidak mempunyai roh.
Jawapan: Waktu subuh,seperti firman Allah: demi subuh apabila ia bernafas.

Soalan 22: Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.
Jawapan: Air yang dikirim oleh Ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman iaitu air peluh kuda.

Soalan 23: Empat yang bukan daripada golongan manusia dan malaikat dan bukan berasal daripada lelaki dan perempuan.
Jawapan: Kibas yang dibawa Jibril sebagai korban ganti Nabi Ismail. Unta Nabi Salleh yang disembelih kaumnya. Nabi Adam dan Siti Hawa.

Soalan 24: Darah yang mula-mula mengalir di bumi.
Jawapan: Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.

Soalan 25: Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
Jawapan: Tongkat Nabi Musa bertukar menjadi ular.

Soalan 26: Wanita yang paling utama.
Jawapan: Hawa ibu sekalian manusia,Kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah(isteri firaun), dan Maryam binti Imran.

Soalan 27: Gunung yang paling utama.
Jawapan: Gunung Tursina

Soalan 28: Binatang yang paling utama.
Jawapan: Kuda

Soalan 29: Bulan yang paling utama.
Jawapan: Bulan Ramadhan.

Soalan 30: Malam yang paling utama.
Jawapan: Malam Lailatul Qadar

Soalan 31: Pohon yang mempunyai 12 ranting,setiap ranting ada 30 daun,setiap daun ada lima kembang bunga,dua bunga di matahari dan tiga bunga ditepi kegelapan.
Jawapan: Pohon itu 'tahun' yang padanya ada 12 bulan,satu bulan ada 30 hari.Lima itu adalah waktu solat.

Soalan 32: Empat jenis air yang lain rupa dan rasanya,tetapi sumbernya satu.
Jawapan: Air mata,air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

Soalan 33: Apakah itu nakir,fatil dan kitmir?
Jawapan: Nakir itu ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

Soalan 34: Apakah Sam dan Ram?
Jawapan: Makhluk yang sudah ada sebelum wujud Nabi Adam.

Soalan 35: Maksud keldai bertempek.
Jawapan: Tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

Soalan 36: Maksud anjing menyalak
Jawapan: Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.

Soalan 37: Maksud jeritan kuda.
Jawapan: Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

Soalan 38: Maksud jeritan unta.
Jawapan: Unta menjerit membawa maksud: Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerah diri.

Soalan 39: Maksud bunyi katak.
Jawapan: Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang disembah di mana-mana sahaja ada makhluk-Nya.

Soalan 40: Makhluk yang Allah utuskan wahyu kepadanya,namun ia bukan daripada kalangan jin, manusia dan malaikat.
Jawapan: Makhluk itu adalah lebah seperti firman Allah: dan Tuhan kamu mewahyukan kepada lebah  

Apabila Badiuzzaman Said Nursi selesai menjawab semua soalan itu,maka tujuh ulama itu memberi pengakuan semua jawapannya adalah benar. Namun Badiuzzaman Said Nursi mengaku yang sebenarnya beliau tersilap menjawap satu soalan dan tujuh ulama tersebut tidak menyedarinya. Tujuh ulama tersebut tetap mengaku kalah dan menyatakan hasrat mahu berguru.

Petikan teks dan informasi diatas diambil daripada:
Tajuk Buku: Badiuzzaman Said Nursi: Pejuang dan Pemikir Islam Turki

Pengarang: Abdul Latib Talib
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn. Bhd