Thursday, 17 April 2014

Sajak Penyesalan al-Hajjaj


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 


Al-Hajjaj Yusof  yang terkenal dengan kezaliman,merupakan gabenor Iraq semasa zaman Khalifah al-Walid bin Abdul Malik (Tahun 86-97 Hijrah), iaitu Khalifah Bani Umaiyah yang ke-6. Beliau banyak terlibat dengan operasi ketenteraan. Semasa zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan, Al-Hajjaj diperintahkan memerangi Abdullah bin Zubair dan pengikutnya yang berkuasa di Mekah kerana menentang pemerintahan Bani Umaiyah. Akibat hebatnya pertempuran antara tentera al-Hajjaj dan Abdullah bin Zubair, Kaabah runtuh kerana terkena peluru Manjanik kepunyaan tentera al-Hajjaj. 


Manjanik


Semasa zaman Khalifah al-Walid, al-Hajjaj berbalah dengan Umar Abdul Aziz, dan membawa kepada pemecatan Umar Abdul Aziz yang merupakan gabenor Haramain pada waktu itu. Pemecatan Umar Abdul Aziz mengakibatkan pemberontakan penduduk di Mekah, Madinah dan Taif yang berada dalam lingkungan pentadbiran Haramain kerna mereka tidak mahu menerima gabenor lain selain Umar Abdul Aziz. Akhirnya al-Walid memerintahkan al-Hajjaj memadamkan pemberontakan di Mekah,Madinah dan Taif, namun sewaktu al-Hajjaj hendak berangkat, tiba-tiba beliau jatuh sakit. Kesakitan al-Hajjaj semakin teruk sehingga tidak mampu lagi untuk beliau bangkit dari tempat pembaringan. Ketika itu barulah a-Hajjaj sedar akan kesilapannya dan merintih setiap hari,akhirnya meninggal kerna sakit yang berpanjangan. Al-Hajjaj sempat menulis sebuah sajak dan dibacanya berulang kali akibat amat menyesal. Berikut merupakan terjemahan sajak yang ditulis oleh al-Hajjaj:   


Dosaku berat seberat langit dan bumi,
Namun aku masih berharap tuhan sayang padaku,
Semoga aku diterima dengan reda,
Itulah harapanku,

Tetapi apabila teringatkan catatan,
Dosaku terlalu banyak,
Itulah azabku, 

Sesungguhnya kezaliman tidak datang daripadaNya,
Apakah Tuhan zalim,
Pada hambaNya yang ingin kembali,
Semoga diberikan tempat yang indah,
Buatku yang zalim ini.


Note: Isi dan informasi diatas diambil daripada:
Tajuk Buku: Umar Abdul Aziz : Bayangan Khalifah al Rasyidin
Penulis:Abdul Latip Talib
Penerbit: PTS litera Sdn. Bhd.


No comments:

Post a Comment