Tanggal 8 Mei 2014, hari yang serba tak kena, penuh 'cobaan'. Permulaan penceritaan dimulakan dengan aku yang berjaga sepanjang malam,minum kopi bertin-tin demi menyiapkan kerja yang bertimbun: assigment + project+FYP+presentation+quiz.Mahu tak mahu kena buat jugak,lagi-lagi weekend nak balik rumah. Setelah penat berhempas pulas,lepas subuh aku pon 'landing' kat tilam nak lepaskan penat 'sekejap'. Huhu maka bermula lah turutan peristiwa yang aku pon tak tahu apekah mesej/hikmah disebalik semua peristiwa tersebut. Berikut adalah peristiwa yang terjadi:
Peristiwa 1: Ter'skip' quiz
Nie memang salah sendiri,dah tahu tak tido malam yang pergi baring kat tilam tu nape. Konon nak rehat kejap,kan dah terlajak tido sampai pukul 10.30am. Haha sia-sia study quiz.
Peristiwa 2: Presentation EAW
english-for-academic-writing Slide
Dah terskip quiz nak buat camne, pkol 11.30am ade presentation. Sampai kelas awal sedikit, duduklah tunggu dalam 20 minit. Pung pang pun pang, tetibe kawan kate kelas hari ni cancel.Huh apakah?huhu klu tahu baek aku tido jek semalam.
Petang pas zohor,gi pudu naek bas balik ipoh.Tiket pkol 4.00pm.Maka bertolaklah ke ipoh dengan hati yang berbunga. Sampai kat R&R tapah,bas berhenti isi minyak, aku pon gi la toilet jap. Kuar toilet bas dah takde, huh 'ujian' apa pulak nie?
Peristiwa 4: Kemalangan
Setelah berkelana selama lebih kurang 3 jam kat R&R,maka tibalah abang aku. Nasib baik dier ade kat rumah,klu x perit gak nak tepon teksi suruh anta sampai ipoh haha. Yang nie xbleh blah gak, on the way balik, kat area gua tempurung, tetiba..BANG, kete kena langgar lori ..Nasib baik hidup lagi,just sakit belakang jea haha. Aku pon tak taw nak respon macam mne,memang dari pagi tadi 'suwey' jea,dengan tak cukup tidonyer. Diam redha jela.
Refleksi
Tapi ble refleks balik ade la hikmahnya. Sebab time amek tiket pkol 4pm tu risau gak aku,sempat ke nak semayang asar nanti,klu sempat pon nanti kelam kabut. Dah kena tinggal bas,memang sempat jela aku semayang asar haha. Siap magrib ngan isyak boleh jemaah lagi haha. Lagi satu, even satu hari suntuk ade je 'cobaan' pegi balai bagai,sampai rumah pkol 1am, tengok jek muka nie hati rase seronok jek.Muka mak hehe. Mungkin mesej yang nak diberi disini, betapa besarnya nikmat mempunyai seorang yang kita gelar mak.
Hehe mak senyum sampai nampak gigi (^_^)
Lepas jek sampai rumah,rasenyer pastu sume pon ok jek. Abang aku pon balik,bleh maen ngan anak buah.Haha comel jek budak sorang nie,tak banyak karenah,cuma susah nak makan jek.Lain rase ok jek. Terngiang-ngiang aku dier duk lambai mase aku nak balik uia.Kalau anak sendiri memang aku dah kidnap bawak gi uia nie haha.
Jadi rasenya mesej yang aku dapat sepanjang peristiwa ni:
- Nikmat beragama, macam mane kalau aku tak sempat nak solat pastu kemalangan mase naek bas?Jenuh nak jawab kat kubur nanti. Apa guna hidup senang takde masalah, tapi tak diredhai tuhan yea dak?Teringat plak pasal kisah imam hasan al-basri ngan seorang lelaki:
Imam Hasan al-Basri didatangi seorang lelaki dan berkata, "aku selalu melakukan maksiat, aku selalu melakukan dosa kepada Tuhan. namun aku dapati Allah tetap memberikan kesenangan hidup dunia kepadaku, tanpa ada yang diharamkan kepadaku"
Imam Hasan al-Basri bertanya, "adakah kamu selalu bangun malam.?"
dia menjawab, "tidak"
jawab Imam Hasan al-Basri ringkas:
"memadai bagi kamu, bahawa Allah haramkan kamu bermunajat kepadaNya.." - Nikmat kasih seorang ibu..Haha nie memang diakui,kalau ade problem memang mak ler yang aku cari,even kalau time call tu tak citer pon masalah aku,tapi dengar suare + kadang-kadang mak nyer merapu tu pon dah rase tenang dan lega.
- Macam mane pon frust,sedih, banyak masalah pon kita,jangan la terbawak-bawak sangat ngan perasaan tu,sampai banyak lagi perkara yang mengembira kat sekeliling kita pon tak perasan. Syukur la,setiap yang berlaku tu adelah hikmahnya. Bak kate mufti ismail menk:
"Sometimes we become overtaken by sadness to the degree that we forget that there are many things in life that can make us happy."
Jadi kesimpulan sepanjang peristiwa tersebut,mungkin satu peringatan kat diri sendiri betapa banyaknya nikmat yang Tuhan curah kat diri nie. Nikmat tuhan tu berbagai, tapi nikmat yang paling besar rasenya dilahirkan dalam keluarga yang pada pandangan aku cukup pengetahuan agamanya. Walaupon aku nie perangai kadang cam ape ntah, tapi alhamdulilah, at least pasal solat tu ingat jek.Terima kasih,syukur. Apa guna harta setinggi gunung kalau kat akhirat nanti fakir sungguh timbangan amalan kat akhirat nanti yea dak? haha tapi aku klu boleh kat dunia nak kaya , leh pakai kete 250 sport, dan pada masa yang same kaya kat akhirat jugak.Moga bertambah kaya aku,bertambah amal jariah nanti hehe. Jadi MALANG ke aku? Jawapan nya tidak,Alhamdulilah, sebenarnya bertuah sangat hehe.




No comments:
Post a Comment