"Aku akan buktikan kepada dunia bahawa Al-Quran ialah matahari rohani yang tidak akan luntur dan padam"
Badiuzzaman Said Nursi
Badiuzzaman Said Nursi
Badiuzzaman Said Nursi adalah seorang tokoh Islam Turki yang terkenal dengan perjuangannya dalam memelihara iman dan akidah umat Islam, ketika Turki diisytiharkan sebagai negara 'Republik'. Badiuzzaman pernah diajak bertanding dengan tujuh ulama Jazlah atas arahan Mustafa Pasya,ketua puak Miran dengan niat untuk menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai seorang tokoh agamawan yang disegani. Menariknya dalam pertandingan ini, Baiuzzaman ditanya oleh tujuh ulama Jazlah tersebut 40 soalan yang pernah ditanyakan oleh ketua paderi kepada Abu Yazid al Bustami dan dikhendaki menjawab semua soalan tersebut dengan benar, tanpa beliau menanyakan sebarang soalan kembali kepada tujuh ulama tersebut.Berikut adalah 40 soalan tersebut:
Soalan 1: Apakah yang satu tidak ada duanya?
Jawapan: Kewujudan Allah yang Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.
Soalan 2: Yang dua tiada tiganya.
Jawapan: Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.
Soalan 3: Yang tiga tiada empatnya.
Jawapan: Kursi,Kalam dan Arasy Allah
Soalan 4: Yang empat tiada limanya.
Jawapan: Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran.
Soalan 5: Yang lima tiada enamnya.
Jawapan: Solat lima waktu;subuh, zohor,asar,magrib dan isyak
Soalan 6:Yang enam tiada tujuhnya.
Jawapan: Hari-hari Allah menciptakan langit dan bumi seperti mana yang disebutkan didalam al-Quran
Soalan 7:Yang tujuh tiada lapannya.
Jawapan: Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi seperti mana yang dinyatakan didalam al-Quran.
Soalan 8:Yang lapan tiada sembilannya.
Jawapan: Bilangan malaikat yang memikul Arasy Allah seperti yang dinyatakan didalam al-Quran
Soalan 9: Apakah yang sebelas?
Jawapan: Sebelas adik-beradik Nabi Yusuf yang dikisahkan didalam al-Quran
Soalan 10:Apakah yang dua belas?
Jawapan: Bilangan bulan dalam setahun
Soalan 11:Yang tiga belas?
Jawapan: Mimpi Nabi Yusuf yang didalam kitab suci al-Quran: Sesungguhnya aku melihat sebelas bintang,matahari dan bulan.Jumlahnya tiga belas.
Soalan 12:Orang yang berdusta kemudian dapat masuk syurga.
Jawapan: Saudara-saudara Nabi Yusuf.Mereka memberitahu ayah mereka,Nabi Yaakaob yang Yusuf sudah dimakan seringala. Mereka membawakan pakaiannya yang dilumurkan dengan darah kambing.Perkara yang mereka lakukan itu adalah satu dusta.
Soalan 13: Orang yang benar tapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Jawapan: Mereka adalah kaum yahudi dan Nasrani.
Soalan 14: Dimanakah tempat roh di dalam badan manusia.
Jawapan: Tempat roh di dalam tubuh manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah kerana roh adalah urusan Allah.
Soalan 15: Apakah Al Zariyat Zarwa?
Jawapan: Nama empat jenis angin
Soalan 16: Al Hamilati Wakra?
Jawapan: Nama awan gemawan di dada langit.
Soalan 17: Al Jariyati Yusra?
Jawapan: Perahu-perahu yang berlayar di laut.
Soalan 18: Al Mukassimati Amra?
Jawapan: Malaikat-malaikat yang bertugas membahagikan rezeki kepada manusia pada malam nisfu Syaaban.
Soalan 19: Yang empat belas.
Jawapan: Tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.
Soalan 20: Kubur yang berjalan dengan penghuninya.
Jawapan: Ikan besar yang menelan Nabi Yunus, yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah.
Soalan 21: Yang bernafas tetapi tidak mempunyai roh.
Jawapan: Waktu subuh,seperti firman Allah: demi subuh apabila ia bernafas.
Soalan 22: Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.
Jawapan: Air yang dikirim oleh Ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman iaitu air peluh kuda.
Soalan 23: Empat yang bukan daripada golongan manusia dan malaikat dan bukan berasal daripada lelaki dan perempuan.
Jawapan: Kibas yang dibawa Jibril sebagai korban ganti Nabi Ismail. Unta Nabi Salleh yang disembelih kaumnya. Nabi Adam dan Siti Hawa.
Soalan 24: Darah yang mula-mula mengalir di bumi.
Jawapan: Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.
Soalan 25: Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
Jawapan: Tongkat Nabi Musa bertukar menjadi ular.
Soalan 26: Wanita yang paling utama.
Jawapan: Hawa ibu sekalian manusia,Kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah(isteri firaun), dan Maryam binti Imran.
Soalan 27: Gunung yang paling utama.
Jawapan: Gunung Tursina
Soalan 28: Binatang yang paling utama.
Jawapan: Kuda
Soalan 29: Bulan yang paling utama.
Jawapan: Bulan Ramadhan.
Soalan 30: Malam yang paling utama.
Jawapan: Malam Lailatul Qadar
Soalan 31: Pohon yang mempunyai 12 ranting,setiap ranting ada 30 daun,setiap daun ada lima kembang bunga,dua bunga di matahari dan tiga bunga ditepi kegelapan.
Jawapan: Pohon itu 'tahun' yang padanya ada 12 bulan,satu bulan ada 30 hari.Lima itu adalah waktu solat.
Soalan 32: Empat jenis air yang lain rupa dan rasanya,tetapi sumbernya satu.
Jawapan: Air mata,air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.
Soalan 33: Apakah itu nakir,fatil dan kitmir?
Jawapan: Nakir itu ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.
Soalan 34: Apakah Sam dan Ram?
Jawapan: Makhluk yang sudah ada sebelum wujud Nabi Adam.
Soalan 35: Maksud keldai bertempek.
Jawapan: Tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.
Soalan 36: Maksud anjing menyalak
Jawapan: Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.
Soalan 37: Maksud jeritan kuda.
Jawapan: Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.
Soalan 38: Maksud jeritan unta.
Jawapan: Unta menjerit membawa maksud: Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerah diri.
Soalan 39: Maksud bunyi katak.
Jawapan: Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang disembah di mana-mana sahaja ada makhluk-Nya.
Soalan 40: Makhluk yang Allah utuskan wahyu kepadanya,namun ia bukan daripada kalangan jin, manusia dan malaikat.
Jawapan: Makhluk itu adalah lebah seperti firman Allah: dan Tuhan kamu mewahyukan kepada lebah
Apabila Badiuzzaman Said Nursi selesai menjawab semua soalan itu,maka tujuh ulama itu memberi pengakuan semua jawapannya adalah benar. Namun Badiuzzaman Said Nursi mengaku yang sebenarnya beliau tersilap menjawap satu soalan dan tujuh ulama tersebut tidak menyedarinya. Tujuh ulama tersebut tetap mengaku kalah dan menyatakan hasrat mahu berguru.
Petikan teks dan informasi diatas diambil daripada:
Tajuk Buku: Badiuzzaman Said Nursi: Pejuang dan Pemikir Islam Turki
Pengarang: Abdul Latib Talib
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn. Bhd


maaf, blh tau x mana satu soklan yg trslh jwb tu ??
ReplyDelete*hnya brtnya ...
soalan diatas disertakan jawapan yang betul..cuma dalam periwayatan cerita,dikisahkan Badiuzzaman tersalah menjawab satu soalan dan beliau mengaku,dan maaf sebab tidal pasti/tahu pula soalan mne yng salah dijawab..
DeleteJumlah soalan yang pernah ditanyakan oleh ketua paderi kepada Abu Yazid al Bustami adalah 50 soalan,namun ulama Jazlah hanya menanyakan 40 sahaja kepada Badiuzzaman Said Nursi..boleh lihat di link ini jika ingin tahu baki 10 soalan yang lain:-http://www.kisahteladan.info/wali/abu-yazi.html
ReplyDelete